Commons:Photowalk Hutan Lipur Chemerong/Dasar

Dasar ruang mesra

edit

Dasar ruang mesra ialah garis panduan untuk aktiviti oleh Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia secara bersemuka atau maya yang menasihati semua peserta cuba menggalakkan pengalaman yang positif dan membina untuk semua peserta yang lain. Konsep yang berkaitan ialah tatakelakuan, iaitu dasar yang membimbing tingkah laku dalam semua konteks, dan tidak hanya di acara bersemuka.

Umum

edit

Komuniti Wikimedia berdedikasi memberikan pengalaman yang mengalu-alukan untuk semua, tanpa mengira jantina, orientasi seks, identiti atau pernyataan gender, kurang upaya, penampilan, kaum, agama, atau lesen bebas yang disukai (dan tidak terhad kepada aspek itu). Kami tidak bertolak ansur dengan gangguan peserta acara. Peserta yang melanggar peraturan ini boleh diminta meninggalkan acara atas budi bicara penganjur acara.

Takrifan gangguan

edit

Gangguan termasuk:

  • Komen lisan yang menyinggung berkaitan jantina, orientasi seksual, identiti atau ekspresi jantina, ketidakupayaan, penampilan fizikal, saiz badan, bangsa, etnik, gabungan politik atau agama.
  • Ugutan yang disengajakan, mengintai, mengikuti ahli peserta lain tanpa diingini, gangguan melalui fotografi atau rakaman, gangguan berterusan dalam ucapan atau acara lain.
  • Memaparkan imej dan gerak tubuh secara seksual bukan kontekstual, sentuhan fizikal yang tidak sesuai dan perhatian seksual yang tidak diingini.

Peserta yang diminta menghentikan tingkah laku sedemikiam dijangka mematuhi dengan serta-merta.

Tindakan

edit

Oleh kerana acara komuniti Wikimedia diurus oleh sukarelawan, penganjur acara bergantung kepada semua hadirin untuk membantu bersama-sama mengamalkan Dasar Ruang Mesra. Jika anda diganggu, perasan orang lain diganggu, atau mempunyai sebarang rasa bimbang yang lain, sila hubungi ahli kakitangan acara dengan serta-merta.

Jika penganjur bimbang dengan kelakuan seseorang individu, atau menerima aduan, penganjur boleh mengambil tindakan yang sewajarkan untuk situasi tersebut. Hal ini termasuk amaran peribadi kepada orang yang dibimbangi; dalam kes yang lebih serius, ia mungkin wajar untuk meminta individu tersebut meninggalkan acara dan melaporkan pada pihak berkuasa.

Individu dengan corak tingkah laku mengganggu, atau yang mengancam mengganggu individu atau mengganggu acara, boleh diminta tidak hadir. Sebarang rasa bimbang dengan pelaksanaan dasar ini patut dibangkitkan dengan penganjur acara pertamanya.

Lihat juga

edit