Commons:Wiki Science Competition 2023 in Malaysia/Peraturan

Periksa kalendar muat naik kebangsaan untuk apabila tarikh tarikh muat naik adalah untuk wilayah anda. Pertandingan untuk peringkat Malaysia bermula pada 00:00, 1 November 2023, dan berakhir pada 23:59, 31 Disember 2023.
Gambar yang dimuat turun hendaklah mempunyai penerangan saintifik yang baik. Penerangan sekurang-kurangnya dalam bahasa Inggeris diperlukan untuk setiap gambar yang diserahkan. Penerangan dalam bahasa lain juga turut dialu-alukan.
Gambar yang dimasukkan ke dalam pertandingan mesti diambil atau dicipta oleh pemilik gambar yang menggunakan akaun Wikimedia yang telah didaftarkan melalui emel. Sekiranya ramai pencipta, semua nama pencipta bersama mesti disediakan. Sekiranya muat naik institusi, penyerahan boleh dibuat oleh satu wakil organisasi.

Muat naik gambar hendaklah dalam resolusi tertinggi yang mungkin. Saiz gambar perlu sekurang-kurangnya 2 megapixel, kecuali teknologi yang digunakan tidak membenarkannya. Gambar dimuat turun tidak boleh mengandungi tera air (watermark), logo, teks tambahan, grafik, atau sisipan.
Gambar mesti diterbitkan di bawah lesen penggunaan percuma atau sebagai domain awam. Antara lesen yang boleh digunakan adalah CC-BY-SA 4.0, CC-BY 4.0, CC0 1.0.
Tiada batasan bilangan fail yang boleh dimuat naik. Jika anda memuat naik lebih daripada satu fail, hanya satu hadiah tertinggi yang layak. Yang lain akan diberikan kepada peserta pemarkahan tertinggi seterusnya.