File:Ummu Farah Haidar.jpg

Original file(1,872 × 3,328 pixels, file size: 959 KB, MIME type: image/jpeg)

Captions

Captions

Add a one-line explanation of what this file represents

Summary edit

Description
Bahasa Melayu: Ummu Farah Haidar Binti Zulkifli dilahirkan di Negeri Sembilan serta dibesarkan di Terengganu dalam sebuah keluarga konservatif. Namun itu tidak menghalang beliau dari menyertai sukan dan aktiviti lasak sejak kecil.

Kepimpinan dan sifatnya melayakkan beliau untuk dipilih menjadi Presiden Renjer Puteri Daerah serta pernah mewakili negeri Terengganu dalam sukan silat olahraga.

Penglibatan dalam sukan lasak seperti mendaki menjadi lebih giat ketika Ummu berada dalam pengajian sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain dari itu beliau turut aktif dalam khidmat sebagai Askar Wataniah dan juga aktiviti amal.

Kerjaya sebagai peguam dan juga pengajian Sarjana Undang-Undang tidak menghalang beliau untuk terus melakukan aktiviti lasak. Semangat dan kebolehan yang pelbagai antara faktor dalam pemilihan beliau sebagai pembantu ketua ekspedisi dalam Misi Pendakian Amal ke Kem Dasar Everest 2015 yang dianjurkan oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara dan MY Team.

Pada 2017, setelah penubuhan Kempen Kembara Srikandi Prihatin, sebuah projek amal oleh Persatuan Kembara Negara dengan kerjasama Negaraku dan juga disertai oleh pendaki dari Puteri UMNO Malaysia, beliau dipertanggungjawabkan untuk menggalas jawatan sebagai Pengarah Projek.

Beliau merupakan salah seorang pendaki Kembara Srikandi Prihatin yang telah mengharung cuaca ekstrim di Wilayah Caucasus bagi mengibarkan Jalur Gemilang sempena kemerdekaan negara Malaysia yang ke-60. Kejayaan beliau merupakan hadiah bermakna kepada rakyat Malaysia setelah mengharung pelbagai cabaran semasa berada di negara Russia.

Kempen Kembara Srikandi Prihatin mengibaratkan pendakian gunung sebagai perjuangan dalam mengatasi pelbagai isu dan masalah yang melanda hidup disamping memperkasakan wanita melalui sukan lasak.
Date
Source Hakmilik persendirian
Author Tiada

Licensing edit

w:en:Creative Commons
attribution share alike
This file is licensed under the Creative Commons Attribution-Share Alike 4.0 International license.
You are free:
  • to share – to copy, distribute and transmit the work
  • to remix – to adapt the work
Under the following conditions:
  • attribution – You must give appropriate credit, provide a link to the license, and indicate if changes were made. You may do so in any reasonable manner, but not in any way that suggests the licensor endorses you or your use.
  • share alike – If you remix, transform, or build upon the material, you must distribute your contributions under the same or compatible license as the original.

File history

Click on a date/time to view the file as it appeared at that time.

Date/TimeThumbnailDimensionsUserComment
current11:17, 26 July 2018Thumbnail for version as of 11:17, 26 July 20181,872 × 3,328 (959 KB)Haidarzulkifli (talk | contribs)User created page with UploadWizard

The following page uses this file:

File usage on other wikis

The following other wikis use this file:

Metadata