1. Sejarah Nama Lohan

Kg.Lohan telah mendapat namanya sempena sungai Lohan. Nama “Lohan” ada hubungkaitnya dengan cerita nenek moyang dahulu (mitos) tentang sepohon pokok dan sebatang sungai.Menurut mereka, Kg.Lohan suatu ketika dahulu merupakan sebuah hutan belantara yang subur,pohon pokoknya rimbun dan buahnya lebat. Apabila buah pada pokok-pokok tersebut masak dan gugur ke tanah, penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai tersebut akan mengutip buah yang jatuh. "Dalam bahasa suku kaum "Dusun, apabila buah yang telah masak jatuh ianya disebut sebagai “lahaan” atau “lahan" (musim buah gugur dari pokok)

2.LOHAN SEBELUM DITEROKAI

Sebelum diterokai, Kg.Lohan merupakan kawasan hutan belantara yang tebal dengan sai(kayunya yang besar. Kawasan ini dikatakan tidak pernah dihuni oleh manusia cuma tempat ini telah dijadikan kawasan memburu binatang binatang liar selain tempat mencari rotan dan bambu untuk membina pondok “sulap”. Terdapat cerita yang menyatakan bahawa hutan ini amat ditakuti oleh pemburu pemburu kerana kawasan hutan yang berpenunggu. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa kampung yang telah wujud sebelum kewujudan Kg.Lohan lagi. Kampung-kampung tersebut adalah Kg.Silad, Kg. Namaus, Kg.Poring dan Kg.Napong .

3.PENEROKAAN KAWASAN LOHAN

Sekitar awal tahun 1960an, Pegawai Daerah Ranau pada ketika itu Beliau telah mengadakan lawatan ke SRK Ratau yang berada di dalam kawasan DuN Karanaan dan melihat sendiri keadaan kehidupan penduduk di kawasan “Sarayoh”. Kawasan “Sarayoh” adalah sebuah kaWasan yang menghimpunkan beberapa buah kampung lain antaranya Kg.-atau, Kg.Sesondoton,Kg.Terlobou, Kg.Togudon Lama, Kg.Kinasaraban, dan Kg.Karanaan.Pegawai Daerah Ranau pada masa itu berasa amat kagum dengan semangat kerajinan penduduk “Sarayoh” yang majoritinya berbangsa Dusun di dalam bertani walaupun di kawasan berbukit bukau. Dalam lawatan tersebut, beliau telah mencadangkan penduduk kampung untuk berpindah ke satu kawasan rancangan penempatan baru iaitu di Kawasan Tanah Rata (Kg.Lohan).

Pada tahun 1962, Tan Sri Hj. Ghani Gilong semasa pemerintahan Tun Mustapha Datuk Harun sebagai ketua menteri Sabah yang pertama telah mencetuskan idea untuk menjadikan Skim Rancangan Penempatan Kg. Lohan. Bagaimanapun, Skim ini hanya dimulakan setelah sabah (North Borneo) menyertai pembentukan Malaysia

4. Sejarah Penubuhan Kg Lohan Skim 2

Pada sekitar awal tahun 1960-1967 adalah masa penghijrahan penduduk-penduduk dari kawasan kampung-kampung yang mempunyai bentuk muka bumi berbukit bukau (Curam) yang mana tidak terdapat bentuk muka bumi rata yang luas seperti Kg kitaeh, Kg Mindohuon, Kg moukab, Kg sosondoton, Kg Ratau Dan beberapa Kampung lain. Atas sebab itulah salah satu alasan untuk berpindah bagi tujuan mengusahakan sawah padi dan mencari kedudukan penempatan baru kerana faktor pertambahan penduduk di tempat asal. Pada masa itu kawasan sekitar Kg Lohan Skim 2 (sekarang) tiada penempatan khas perkampungan dimana penduduk mendiami kawasan itu secara bertaburan di atas tanah yang diusahakan masing-masing dan kawasan ini dipanggil sebagai Kg Lengkoag, manakala sebahagian kawasan yang penuh dengan air mata air pula dipanggil Kg Sosopon. Penduduk masa itu tidak melebihi sekitar 50 orang sahaja. Selepas Perumahan Scheme siap dibina pada sekitar tahun 1968-1969, maka secara rasmi kawasan ini telah didaftarkan di Pejabat Daerah Ranau sebagai Kampung Lohan Skim 2. Sehingga kini populasi Penduduk Kg Lohan Skim 2 telah bertambah kepada sekitar 500 orang dan mempunyai rangkaian 4 Zon/blok iaitu A (sosopon),B (lengkuag),C (kg jauh) dan D (pangkatan).

5. Petikan sejarah berkaitan:

KG. NAMPASAN BARU-Terletak lebih kurang 15 batu(km-kira sendiri) dari Pekan Ranau.Gah..kedudukannya di atas bukit walau sekelilingnya masih tipikal kekampungan dengan jalanraya 'gravol'nya(untuk pengetahuan semua, jalanraya gravol ini adalah jalanraya asal ke Taman Pelancongan Air Panas Poring yang hanya 3km sahaja tetapi jalanraya baru telah dipindah dan diturap dengan cantik. Sehingga kini..jalanraya ini kekal ditakuk lama, berselut apabila hujan dan berdebu bila musim kemarau). Mengikut cerita, nama Kg. Nampasan Baru diambil sempena dengan nama kampung tempat asal kebanyakan penduduk kg di sini, iaitu Kg. Nampasan Lama.Sekitar tahun 1964, atas desakan hidup dan pertambahan penduduk di tempat asal maka penghijrahan telah berlaku.Mereka telah meneroka tanah baru dan membuat petempatan baru yang dikenali sebagai 'Tanah Rata'.Menurut K.K.Kanggoi (Ketua Kampung) mereka telah mendapat pelawaan untuk bergabung/menyertai Kg.Lohan 2(Skim 2) tetapi beliau menolak pelawaan tersebut. Memandangkan petempatan 'Tanah Rata' ini tidak tersusun dan berselerak maka beliau telah mendapat ilham untuk mencari satu petempatan yang agak tersusun tetapi tidak jauh dari tanah yang mereka terokai(sawah padi).Berkat kesungguhan beliau, akhirnya sekitar tahun 1978 wujudlah Kg. Nampasan Baru secara rasminya dalam peta daerah Ranau apabila sah didaftarkan.Kata beliau.."Banyak usaha, keringat dan airmata yang tumpah demi kewujudan Kg. ini"

Sumber:Fb Kg Nampasan Baru. ( https://www.facebook.com/groups/132355303479558/ )